Rumput permaidani Filipina (Philippine Carpet Grass) lebih halus berbanding rumput lembu (cow grass) atau rumput mutiara. Mereka cukup tahan lasak sebaik sahaja mereka mengakar.

Sekiranya anda tidak menyiramnya dengan kerap, akar boleh masuk jauh ke dalam tanah dan dari masa ke masa… anda tidak perlu menyiramnya walaupun dalam cuaca panas. Tetapi ia akan mempunyai warna hijau yang lebih muda. Walau bagaimanapun, jika anda menyiramnya, ia cenderung mempunyai warna hijau yang lebih gelap yang disukai oleh sesetengah orang.

Rumput jenis ini menyukai cahaya matahari sepanjang hari. Di bawah teduhan, ia cenderung untuk tumbuh lebih tinggi dan lebat. Rumput ini agak agresif dan boleh bersaing dengan rumput jenis lain, jadi anda hanya perlu melakukan ‘weeding’ sekali sekala sahaja.

Philippine Carpet Grass memerlukan pemotongan biasa sekali setiap 2 minggu. Jika anda biarkannya terlalu lama tidak dipotong, rumput akan menjadi tinggi dan jika anda memotong rumput terlalu pendek, anda akan meninggalkan tompokan coklat. Sebaik sahaja mereka tumbuh terlalu tinggi, satu-satunya cara untuk menjadikannya lebih pendek adalah memotong rumput anda beberapa kali bukan memotong pendek sekaligus. Katakan biasanya anda memotong 2 minggu sekali, potong setiap satu minggu dengan pemotong yang tidak terlalu pendek sehingga dapat ketinggian yang sesuai.

Rumput ini agak popular kerana harganya yang tidak terlalu tinggi dan hanya memerlukan memotong biasa. Philippine Carpet Grass sememangkan akan kelihatan sangat cantik untuk taman anda.

Related Articles

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *